Apa yang perlu anda tahu ialah kucing memiliki sifat 'this is my territory' means dimana kawasan yang dia sudah mark, disitulah kawasan yang akan dia lalui setiap hari. Kawasan yang ditanda samada tempat untuk dia makan, tempat tidur, tempat bersantai, tempat bermain dan tempat membuang najis.
Perlu juga anda, penggemar tahap dewa makhluk berbulu ini adalah, kucing akan membuang najisnya di tempat yang sunyi..macam kita juga la kaann..kalau berak tu tamo ada yang nampak even lipas sekalipun, kita akan malu, begitu juga dengan kucing.
Ia akan berak di kawasan sunyi seperti sebelah/belakang peti ais, sebelah meja/sofa, sudut-sudut yang manusia tidak lalui dan tempat2 gelap. Kadang-kadang kucing juga berak atas pakaian dan carpet.
Sekiranya kucing anda berak di tempat yang tidak sepatutnya, jangan marah.,ada juga yang memukul kucing tanda tidak setuju dengan kelakuannya, No! Dont! itu hanya akan membuatkan kucing anda mengulangi perbuatannya dan mengalami stress! Apa yang perlu dilakukan adalah, buang najis tersebut dan cuci tempat yang kotor dengan sabun dan air bersih sehingga hilang bau dan warnyanya. Lepas tu, ambil CUKA, tidak kesahlah cuka buatan china ka, thai ke, jenama mahal atau murah, yang penting cuka. Semburkan cuka tadi di tempat yang sudah di bersihkan.
Kemudian, belai kucing anda dan bermain dengannya..ini bertujuan supaya tahap angin dalam badan korang tu menurun gara-gara terhidu bau najis yang 'wangi'..tapi jangan heran kalau aku cakap, kucing tu akan ikut kemahuan kita.,contoh bila kita panggil dia datang, bila kita suruh pergi, dia blaahhh
Sekiranya anda ingin kucing tadi berak di toilet, calitkan sedikit pada tepi mangkuk tandas or lantai tandas or mana2 la ikut suka suki..pastikan tempat itu kurang 'traffic'..Kemudian anda perhatikan jika dia hendak membuang lagi, bawa kucing tu ke tempat yang sudah dicalitkan sambil sapu2 belakang atas bontot dia sebelah ekor,.tanda ko nak bagi dia berak situ. Insyaallah dia akan mula berak dalam tandas.
Bagi yang menggunakan litterbox pula, pastikan ia diletak dikawasan yang tersorok dan letak najisnya dalam litterbox tadi,. alaskan dengan carpet atau sebarang kain..kalau mau jimat guna saja newspaper yang terbuang..ini bertujuan supaya kawasan tidak kotor sebab kucing tu akan kais2 'tanah tiruan' dalam box tuh..
Selamat mencuba!!